Assalamualaikum ..
NH FABRIKA RESOURCES tertubuh adalah dengan satu matlamat iaitu memartabatkan industri perniagaan secara online yang kini semakin pesat membangun , faktor kesibukan telah mendorong kami untuk mempermudahkan urusan jual beli. Namun begitu , meyakinkan pembeli untuk berbelanja online adalah satu usaha yang bukan mudah . Kejayaan website pertama kami http://tudung-online.com seolah menyuntik semangat kedua untuk kami terus melangkah dan mencuba satu lagi perniagaan yang memerlukan modal yang begitu besar iaitu perniagaan sutera , songket dan batik Terengganu .
Perkenalan di waktu belajar di POLISAS dengan anak kepada pembuat batik Terengganu kini telah menjadikan kami sebagai rakan kongsi dalam menaikkan industri batik keluaran keluarganya . Keluarga beliau berpengalaman 30 tahun dalam industri pembuatan batik yang pada mulanya mempunyai 100 orang pekerja . Kegawatan ekonomi pada tahun 1997 telah menyebabkan perniagaan mereka merudum dan kini hanya bertahan pada tahap sedarhana.
Matlamat kami adalah untuk mengembalikan zaman kegemilangannya suatu ketika dulu ,cara pembuatan batik masih lagi di kekalkan sepertimana 30 tahun dahulu . Material yang di gunakan sama ada kain atau warna adalah dari gred yang terbaik . Di suterasongket.com kami lebih mementingkan kualiti berbanding harga dan hanya sutera Terengganu sahaja di jual di website kami – 100% di jamin asli terus dari kilang - jika anda berani membayar harga yang sedikit mahal, kami jamin anda akan berpuas hati dengan apa yang anda perolehi .
Tempahan batik seragam untuk jabatan-jabatan, perbadanan , sekolah dan sebagainya di terima .Kami juga ada menawarkan affiliate member di mana pihak kami akan membayar komisen jika ada jualan dari link affiliate anda . Sila ke ruangan affiliate untuk info lebih lanjut .
Apa jaminan kami kepada anda apabila anda membeli sutera terengganu :-
-Warna tidak akan luntur pada basuhan kedua dan kain tidak akan rosak dalam jangka masa yang lama.
-Kurang kedut walaupun di pakai secara lasak .
-Keselesaan memakai kerana kainnya amat lembut / sejuk .
Matlamat kami adalah untuk mendapatkan pelanggan tetap yang tidak hanya membeli pada pertama kali dan tiada belian ulangan kerana faktor kualiti . Di sinilah usaha kami dalam mendapatkan hasil jualan yang berkualiti tinggi. Sungguhpun semuanya terus dari kilang , harga modal kami sememangnya tinggi . Ini menggambarkan sutera terengganu mempunyai nilai yang tersendiri dan hanya penggemar sutera yang dapat menilainya . Pastikan anda membelinya di suterasongket.com kerana disini belian anda di jamin 100% asli .
Terima Kasih .
Pengurusan Suterasongket.com
|
NEWS / OFFER TERKINI -
SEMUA PEMBELIAN SUTERA HARI INI LAYAK MENDAPAT FREE POS DAN FREE SATU PASANG BROOCH . KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MELIHAT GIFT MINGGU INI .
(stok clearance, batik ekonomi dan kemeja di kecualikan dari offer ini .) |















